Teman Blogger

Isnin, 1 April 2013

Buang Bios Supervisor Password

 Minggu Lepas kakak saya datang, "Jak tolong tengokkan komputer kawan akak ni tak boleh bootlah". Oklah tu "nanti free saya tengokkan" itulah jawapan saya. Semalam bila check, alamak tak boleh ubah setup lak tu, macam mana ni, ada "BIOS SUPERVISOR" password tu. Sebenarnya dah lama saya tak godek CPU ni. Jadi bios master password dah banyak yang tak ingat, aduh poning betul.

Call member jap, cam mana ye nak buat. Senang je kata dia "cabut cmos bateri" lepas tu on balik. Matikan semula tunggu 1/2 jam, pasang balik bateri tu garenti ok. Lepas setengah jam tak ok pun apa lagi nak bikin?


Last choice "Google kat Internet". Kat Internet cakap cari Bios Jumper, ubah jumper tersebut. 

Mana pulak bios jumper ni. Biasanya kat sebelah bateri macam kat gambar di atas tu. Tak pe cari kat belah tepi pulak, adapun. Macam yang kat gambar bawah ni. Rupanya tak sama macam kat atas. Tapi ada tulis "BIOS CONFIG" kat sebelah tu, kira betullah, "kalau salahpun tak meletup punya". Itulah perkataan yang biasa saya guna waktu ajar budak2 program celik IT dulu.

Anda perhatikan kat gambar dibawah dalam bulatan merah. 1 - 2 Normal dan 2 - 3 Clear, tepi jumper tu ada nombor satu. Cabut dan anjakkan ke belakang 2 - 3 dan on balik komputer.
Anda akan dibawa ke bios setup "Reset Bios Password", enter je. Tekan save dan quit. Perhatikan kat skrin akan keluar "Please resetting your bios jumper back". Betulkan balik kedudukan bios jumper tadi dan boot balik. Bila boot balik password semua dah hilang. Selesai satu masalah. Sekarang macam mana nak settlekan masalah tak boleh masuk windows. System boot error pulak. Nanti tulis lagi bye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner