Teman Blogger

Rabu, 15 Mei 2013

Setting Google Supaya Tidak Pergi Ke Domain Negara Sendiri

Google sebenarnya telah setkan komputer kita supaya apabila pencarian dibuat (search results) akan memberikan hasil yang jelas dan berdekatan dengan lokasi pencarian kita. Jika anda perhatikan betul-betul apabila anda menaip www.google.com pada browser anda, ianya akan automatik membawa anda ke domain Google negara anda sendiri. Sebagai contoh di Malaysia, anda akan mendapat hasil www.google.com.my.

Ini sebenarnya telah menghadkan hasil pencarian kita sekiranya ingin mendapat hasil pencarian dari luar negara. 

Ianya boleh diatasi dengan menaip www.google.com.ncr, dimana ncr bermaksud “no country redirection”. Anda akan dibawa terus ke www.google.com dan pencarian yang lebih luas dapat dilakukan disini.

Anda hanya perlu lakukan ini sekali sahaja. Hasilnya akan di setkan pada cookie browser anda. Selepas ini pencarian anda tidak lagi ke domain negara sendiri.

Jika anda ingin kembalikan kepada asal, anda hanya perlu “clear browser cookies” anda.

Semoga membantu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

MALAYSIA

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner

Hits counter

Website counter