Kepada anda yang sukakan video editing dan ada problem susah
nak buang atau gantikan audio. Ini ada satu perisian percuma yang mudah
digunakan sangat membantu. Anda boleh downloadnya kat sini.
Freemake Video Converter adalah perisian freeware yang
menjadi alternative kepada produk berbayar lain yang mempunyai kualiti cukup
baik. Video converter ini mempunyai paparan yang sangat mudah digunakan dan
support banyak jenis format audio dan video. Ianya mempunyai kelebihan untuk
mengendalikan hampir semua jenis format video seperti AVI, MP4, WMV, MKV, 3GP, MPEG, FLV, DVD, MP3, HTML 5 dan
banyak lagi.
Cara Buang atau Gantikan Audio.
Mula-mula Download dan Install perisian Free Video
Converter. (Perhatian: Semasa Install adalah lebih baik untuk pilih “Custom
Install” bagi mengelakkan daripada perisian lain yang tidak diperlukan
disinstall sama kat computer kita seperti Delta toolbar
dan Wartune game.
Buka
perisian dan add Video. Perisian ini support batch conversion, ini bermakna
anda boleh convert banyak fail pada satu masa. (Gunakan Drag n Drop untuk add
fail dengan cepat).
Klik
pada audio setting macam gambar kat bawah dan buat pilihan anda. Anda boleh
padam atau tambah audio baru dalam format MP3, WAV,
WMA, AC3, M4A, AMR dan lain-lain.
Kemudian pilih format output video anda yang mana ia
mungkin juga boleh dalam format yang sama.
Klik Convert, video anda akan siap dengan cepat dalam
kualiti yang baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan