Selasa, 4 Julai 2017
RAM DAN ROM
Selalu kalau kita tengok dekat pamplet hand phone ada tertulis (contoh) 4GB RAM + 64GB ROM. Apa maksudnya tu...
RAM adalah singkatan kepada RANDOM ACCESS MEMORY, ia merupakan tempat simpanan sementara yang disediakan oleh handphone bagi memudahkan operasi capaian maklumat ketika diperlukan. Dari segi kecepatan ia lebih cepat dibaca dan ditulis daripada penyimpanan jenis lain serta lebih menjimatkan tenaga. Data atau maklumat yang tersimpan disini adalah bersifat sementara dan akan hilang apabila handphone anda dimatikan.
ROM adalah singkatan kepada READ ONLY MEMORY, ianya merupakan sebahagian daripada tempat simpanan dalaman dalam handphone anda yang tidak boleh dicapai. Itu sebab ianya dinamakan sebegitu. Bahagian yang lain pula adalah tempat anda meletakkan aplikasi, data, fail media dan dokumen2 lain. Data atau maklumat yang disimpan disini tidak akan hilang apabila handphone anda dimatikan.
Saiz RAM dan ROM ini sebenarnya telah dipadankan mengikut kemampuan processor handphone masing-masing. Saiz RAM dan ROM yang terlalu besar juga tidak membantu menambah kecepatan handphone kita kerana jika terlalu besar tidak semua bahagian RAM dan ROM ini akan digunakan. Sebaliknya ia akan dibiarkan kosong.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan