Teman Blogger

Jumaat, 5 Februari 2010

Bagaimana Nak Sambung Video?

Bila dah potong bahagian video yang kita tak nak. Video2 ni akan jadi pendek. Jadi bagaimana nak sambung supaya jadi panjang?

Saya cadangkan anda gunakan Kate's Video Joiner. Kenapa? sebab dah banyak software saya dah cuba, yang paling senang, berkesan dan free, saya rasa yang ini. Tapi kalau rajin pergi kedai boleh beli yang lain2 RM5 je.

Caranya mudah saja, mula2 download dan install software ni kat komputer anda. Lepas tu jalankan program tersebut. Akan keluar skrin macam yang kat bawah.

  • Tekan butang Add, pilih fail  yang anda nak sambung. Boleh buat satu2 atau tekan Ctrl tu untuk pilih dua tiga fail sekali.
  • Bila dah nampak fail kat dalam kotak tu. Katakan ada empat fail, susun dulu ikut turutan. Tandakan fail tu dan tekan butang up atau down. Bukan apa nanti bila dah sambung cerita tu tak tersusun pulak.
  • Bila dah siap pilih output format AVI, MPEG, WMV dan lain2. Yang senang pilih MPEG je lah.
Dah ok semua tekan Join.

Tunggu... Anda boleh lihat kat skrin tu video yang sedang di sambung.
Baiklah untuk yang berminat anda boleh dapatkan software percuma ni kat sini.

Sekian, semoga berjaya.



6 ulasan:

  1. tapi kenapa bila tekan join,then dia ckp the application couldn't retrieve correct duration.why eh ?

    BalasPadam
  2. Ini mesti kes video download daripada TV3 dan yang sewaktu dengannya. Sayapun menghadapi masalah yang sama. Ini berkemungkinan akibat struktur fail yang didownload telah berubah. Saya tengah buat sikit kajian nanti kalau ok saya bagi tau.

    BalasPadam
  3. Dh ada solution tak?

    BalasPadam
  4. Dah, lupa nak bagi tau. Kena guna software lain.
    Cuba pegi kat www.rapidlibrary.com dan search Allok Video Joiner, software ni boleh baca.
    T.Q

    BalasPadam
  5. Kalo buat hp ada tak ya bang,,??

    BalasPadam
  6. Ini kena cari dulu dong. Nanti saya post kalau ada.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

MALAYSIA

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner

Hits counter

Website counter