Teman Blogger

Isnin, 26 April 2010

Cara Tukar Folder Background

Sebenarnya ini cara lama untuk pasangkan background pada folder anda (untuk WinXP sahaja). Bukan apa biasanya semua folder yang kita masuk backgroundnya putih.

Caranya begini. Kita kena edit fail desktop.ini. Fail ini biasanya tersembunyi. Mula-mula kita kena tukar preview kita supaya boleh lihat fail tersembunyi.

Caranya begini:
Katakan kita sekarang berada dalam folder My Document.
  • Klik Tools (kat menu atas).
  • Klik Folder Options (Akan muncul menu Folder Options).
  • Cari tab View dan klik kat situ.
  • Perhatikan "hidden files and folders" ada dua button. Yang atas "Do not show hidden files and folders" dan yang bawah "Show hidden files and folders". Klik pada "Show hidden files and folders".
  • Klik Apply dan akhir sekali klik OK.
Sekarang cuba perhatikan fail "desktop.ini". Ada tak? Biasanya dalam folder "My Document" memang ada fail ni, tapi tersembunyi.

Klik fail tu dua kali. Fail tersebut akan dibuka oleh perisian "Notepad" dan anda akan dapat lihat isi kandungannya.

Tampalkan (Cut and Paste) kod dibawah dalam fail tersebut.

[ExtShellFolderViews]
{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}={BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}
[{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}]
Attributes=1
IconArea_Image=nama_fail_anda.jpg
IconArea_Text=0x000000

Tukarkan nama_fail_anda.jpg dengan nama fail gambar yang anda ingin jadikan sebagai lata belakang. Anda boleh memilih untuk meletakkan gambar tu dalam folder "My Document" atau tempat lain tak jadi masalah tapi kena letakkan link yang betul ke fail tersebut.

Kemudian tekan fail save dan exit (Sorry gambar tak sempat nak tunjuk, nanti free sikit saya masukkan).
Kemudian klik butang kanan mouse anda dan pilih "refresh".

Latar belakang folder anda telahpun berubah. Sekiranya anda ingin mengubah latar belakang folder yang lain anda kena pastikan di dalam folder tersebut terdapat fail "desktop.ini", jika tak ada copy je daripada folder "My Document".

Selamat mencuba. Kalau tak boleh juga just inform Ok.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner