Teman Blogger

Isnin, 28 Jun 2010

Mudah Buat Catatan Dengan CintaNotes

CintaNotes adalah perisian pengurusan kecil yang mudah digunakan untuk membuat catatan peribadi. Ia telah direka untuk membantu anda dalam kerja-kerja harian, membuat catatan apa-apa maklumat serta idea seperti buku, artikel, data, nota penting, posting dan sebagainya.

Ia membolehkan anda cepat mencatat dan memberikan tag kepada maklumat anda semasa anda membaca dokumen atau melayar internet. Anda hanya perlu tekan Ctrl+F12. Dengan CintaNotes aktiviti membuat catatan akan bertambah mudah.Untuk mencapai maklumat yang telah disimpan juga amat mudah, hanya perlu open CintaNotes dan mula menaip. Hanya nota yang mengandungi text akan tersimpan dalam list. Kaedah carian lebih canggih juga ada seperti carian melalui tajuk atau melalui URL.

CintaNotes adalah perisian self-contained, ini bermaksud anda boleh simpan dan jalankan program ini di dalam pen drive, dengan cara ini nota anda akan sentiasa bersama anda. 

Anda boleh downloadnya disini dan boleh baca lanjut mengenainya melalui menu Help pada perisian tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner