Teman Blogger

Rabu, 30 Jun 2010

ULAR PALING BISA

Cerita dongeng ni telah diceritakan kepada saya oleh arwah Atuk saya. Saja nak share dengan anda semua. Pada zaman dahulu kala, ular yang paling bisa sekali adalah Ular Sawa, jangan tak percaya. Punyalah bisa Ular Sawa ni kalau patuk bekas tapak kaki atas tanahpun orang tu boleh mati, hebatkan.  

Ular Sawa ni memang suka makan ikan. Hari-hari Ular Sawa ni akan menimba ikan kat lubuk yang banyak ikan. Apabila hendak menimba ikan Ular Sawa ini akan membelitkan kepalanya pada pokok diseberang kanan dan ekornya akan membelit pokok diseberang kiri lubuk. Badannya akan dileperkan dan dihayun seperti buaian untuk menyedok air daripada lubuk berkenaan. Apabila air sudah kering, Ular Sawa ini akan memakan ikan yang ada. Itulah rutin yang dilakukan oleh Ular Sawa ini setiap hari.

Pada suatu hari Ular Sawa telah pergi ke lubuk ikan dihujung kampung, alangkah terkejutnya apabila lubuk itu telah tiada ikan lagi. Ular Sawa sangat marah "siapa pulak yang berani memakan ikan aku" katanya dalam hati. Dilihatnya dan dicari sekeliling lubuk. "Hah tapak kaki manusia, berani kamu memakan ikan aku" katanya dengan marah, Ular Sawa mematuk kesan tapak kaki pada pasir itu. Maka matilah budak yang telah menimba ikan tadi dirumahnya. Pada keesokan hari dirumah budak tersebut dibuat kenduri, maka ramailah orang datang untuk memasak dan menyediakan makanan untuk kenduri. Maka riuhlah suasana dirumah tersebut.

Ular Sawa dengan megahnya pun pergilah meninjau-ninjau ke rumah budak yang dipatuknya semalam. Alangkah terkejutnya apabila melihat suasana yang riuh dan ramai orang disana. Untuk kepastian Ular Sawa pun bertanya kepada kawan-kawannya. Tak matikah budak yang dipatuknya semalam. Kawan-kawan Ular Sawa yang lain memang dengkikan kekuatan yang dimiliki oleh Ular Sawa lalu dijawab mereka, budak tu tak mati. Hari ini adalah hari perkahwinan budak itu. Sebab itu suasana riuh dan ada ramai orang dirumahnya.

Ular Sawa berasa sangat marah dan malu kerana bisanya tidak lagi mampu membunuh manusia lalu dimuntahkan kesemua bisanya itu sampai habis. Setelah itu datanglah Ular Laut lalu memakan muntah tersebut diikuti dengan Ular Berang, Ular Tedung, Ular Kapak dan Ular-ular yang lain. Akhir sekali apabila telah habis kesemua muntah itu datanglah si Ulat Bulu lalu berguling-gulinglah ia diatas bekas muntah itu.

Itu sebablah sampai sekarang Ular Sawa tidak ada bisa lagi dan Ular yang paling bisa adalah Ular Laut dan diikuti dengan Ular-ular yang lain yang turut sama mendapat bisa daripada muntah si Ular Sawa. Termasuk juga Ulat Bulu yang mempunyai bulu yang bisa.

Moral daripada cerita ini : JANGAN MEMBUAT KEPUTUSAN MELULU, FIKIR DULU SEBELUM BERTINDAK.

1 ulasan:

  1. Very informative, keep posting such good articles, it really helps to know about things.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner