Ini kes nak jimatlah ni. Biasalah kalau kita download perisian free trial ada yang boleh guna 15 hari, ada yang 30 hari dan lain-lain lagi.
Dibawah ada dua trik untuk menggunakan perisian ini untuk jangka masa lebih lama. Caranya begini:
Cara Pertama
Ubah jam komputer anda jauh ke depan enam bulan atau setahun dengan cara "Adjust Date/Time".
Download perisian free trial dan install dalam komputer anda.
Run perisian tersebut sekali.
Ubah kembali jam komputer anda ke masa asal.
Selepas anda run perisian anda buat kali pertama, Windows registry akan dimuatkan dengan key perisian free trial merujuk kepada tarikh yang telah anda tetapkan tadi. Oleh sebab itu selagi tarikh itu belum sampai perisian tadi akan dapat anda gunakan secara percuma.
Cara Kedua
Apabila tempoh masa perisian free trial ini dah tamat, masuk Registry Editor di Windows dan cari key perisian free trial tadi dan delete. Setelah itu download semula perisian tadi dan anda akan dapat menggunakannya seperti biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan