Teman Blogger

Khamis, 15 Julai 2010

PERBAIKI KELAJUAN BOOT-UP DENGAN MAGIC SPEED

Komputer anda slow ketika boot? Ini mesti dah lama tak maintain. Magic Speed akan memperbaiki masalah anda dalam lima langkah berkesan. Pakej perisian ini termasuk menguruskan startup, memperbaiki kesilapan pada registry, membuang fail tak berguna daripada cakera keras serta menguruskan memory komputer. Ia adalah percuma dan tidak memerlukan sebarang kepakaran komputer. 

Magic Speed akan menganalisa aplikasi yang diloading ketika boot. Adakah anda benar-benar perlukan aplikasi tersebut? Sekiranya di load ia akan memenuhkan memory komputer seterusnya akan menyebabkan komputer anda lambat. Kesilapan pada registry juga boleh memberikan kesan negative kepada kecekapan komputer anda. Dengan memadam fail temporary anda akan menambah ruang kosong pada cakera keras dan akan menyebabkan cakera keras boleh beroperasi dengan lebih pantas. Gunakan option Boost Window dengan menambahnya pada startup, ia akan membolehkan komputer anda di tune kepada kecekapan maksima.

Magic Speed boleh dijalankan disemua system operasi seperti berikut. Windows , Win95 , Win98 , Windows Vista Business , Windows Vista Business x64 , Windows Vista Enterprise , Windows Vista Enterprise x64 , Windows Vista Home Basic , Windows Vista Home Basic x64 , Windows Vista Home Premium , Windows Vista Home Premium x64 , Windows Vista Starter , Windows Vista Ultimate , Windows Vista Ultimate x64 , Windows2000 , Windows2003 , WinME , WinNT 3.x , WinNT 4.x , WinXP.

Anda boleh downloadnya disini.

2 ulasan:

  1. Salam ajak..

    Apa beza magis speed ngan ccleaner atau tune up utilities?mana yg lebih baik ya?

    Terima kasih.

    BalasPadam
  2. CCleaner dan Magic Speed keduanya mempunyai matlamat yang sama. Iaitu membaiki kesilapan, mengoptimumkan dan mengembalikan kelajuan komputer kepada asal. Perisian CCleaner jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan Magic Speed. Dari segi paparan lebih kurang sama kedua-duanya kurang menarik. Ccleaner lebih mudah digunakan klik “analyze” lepas tu klik “run Ccleaner” dan perisiannya berjalan lebih pantas, tak buang masa nak tunggu.

    Magic speed failnya lebih besar dan perisiannya lebih tersusun, ianya memerlukan lebih langkah dan penelitian. Perisiannya juga lebih lambat semasa “Scan” kesilapan. Dari segi keberkesanan mungkin Magic Speed mempunyai kelebihan. Setakat yang saya cuba kedua-duanya ok dan berkesan. Mungkin untuk pengguna advance ada baiknya memilih Magic Speed.

    T.Q

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner