Teman Blogger

Selasa, 20 Julai 2010

Naik taraf Servis Pek Windows Anda

Microsoft mengingatkan pengguna Windows bahawa sokongan untuk beberapa versi lama komputer peribadi dan system operasi pelayarnya (OS) akan berakhir pada separuh pertama tahun ini.
  1. Windows Vista RTM - berakhir pada 13 April 2010
  2. Windows XP SP2 - berakhir pada 13 Julai 2010
  3. Windows 2000 profesional - pada 13 Julai 2010
Dengan versi tanpa sokongan pelanggan masih boleh menggunakan salinan OS itu. Bagaimanapun, ia tidak lagi akan menerima kemas kini perisian daripada Windows Update. Ini termasuk kemas kini keselamatan yang dapat membantu melindungi komputer daripada virus berbahaya, spyware dan perisian mencurigakan lain yang boleh mencuri maklumat peribadi pengguna.

Pengguna yang mahu terus menggunakan salinan Windows sedia ada perlu memuat turun dan menaik taraf ke servis pek lebih baru iaitu Windows XP SP3 dan Windows Vista SP2. Ini bagi memastikan mereka terus menerima kemas kini percuma penting untuk komputer masing-masing bagi membolehkannya beroperasi lebih baik dan selamat. Pengguna boleh memuat turun servis pek baru berkenaan di windowsupdate.microsoft.com dan menaik taraf OS sebelumnya.

Untuk memeriksa versi apa yang digunakan pengguna Windows Vista atau Windows XP, pengguna boleh membuat langkah berikut:
  • Klik butang Start, Run (atau butang Windows + R) dan taip perkataan winver, yang mana dialog terkeluar akan menentukan jenis servis pek yang dipasang pada komputer; dan
  • Halakan penunjuk tetikus kepada My Computer, klik kanan dan pilih properties untuk melihat tetingkap yang menentukan servis pek dipasang pada komputer.
Just for info.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner