Teman Blogger

Jumaat, 23 Julai 2010

Petua mengatasi rasa mengantuk selepas makan

Jam baru menunjukkan 2 petang, tetapi mata anda terasa berat. Berair mata menahan rasa mengantuk, apa yang dibaca seolah-olah melayang dan tiada satu pun masuk ke fikiran. Gula-gula yang dikemam sudah cair semuanya, tetapi rasa mengantuk tetap tidak hilang.

Boleh dikatakan semua orang pernah mengalami perkara ini - mengantuk selepas makan tengah hari. Di mana silapnya kerana setiap pagi kita datang ke tempat kerja dalam keadaan segar dan cergas. Perkara ini sebenarnya ada kaitan dengan jam biologi badan yang secara semula jadi membuatkan kebanyakan orang mengantuk selepas makan tengah hari, khususnya sekitar jam 2 hingga 3 petang.

Penyelidik juga percaya perkara ini berkaitan dengan penurunan suhu badan yang memberi isyarat kepada otak untuk menghasilkan melatonin - proses sama seperti sebelum kita tidur malam, tetapi dalam kuantiti kecil. Bagaimanapun, jangan salahkan jam atau proses semula jadi badan kerana banyak faktor luaran boleh menyebabkan kita mengantuk selepas makan tengah hari. Antaranya ialah tabiat pemakanan yang banyak memberi kesan kepada badan.

Berapa ramai antara kita bersarapan dengan sempurna? Ingat, secawan kopi atau teh tidak dikira sarapan, walaupun bagi sesetengah orang kopi menjadi penggerak aktiviti harian mereka, tetapi tenaga daripada kopi tidak mencukupi untuk anda kekal cergas.

Jurucakap Persatuan Dietetik Amerika dan pensyarah Nutrisi Pusat Perubatan Universiti Southwestern Texas, Lona Sandon, berkata walaupun tahu kepentingan sarapan, ramai orang tidak mendapat tenaga secukupnya daripada sarapan. Untuk kecergasan dan mengelak rasa mengantuk, kita perlu memulakan hari dengan sarapan yang baik. Wanita disaran mengambil sarapan yang ada 300 hingga 400 kalori, manakala lelaki 500 kalori.

Contohnya, dua keping roti disapu mentega kacang dan sebiji pisang atau satu mangkuk kecil bijirin sarapan pagi dengan susu skim dan segelas jus buah. Nasi lemak biasa bersaiz kecil (tidak diiringi lauk pauk mewah), sekeping roti canai (300 kalori) dengan sedikit kuah kari atau dal, setengah pinggan bihun goreng vegetarian (250 hingga 200 kalori) atau jika mahu, kuih muih hadkan kepada dua atau tiga keping saja.

Ramai orang ada salah faham terhadap karbohidrat yang dianggap boleh menggemukkan, sedangkan menurut Sandon kita memerlukannya untuk tenaga. Malah, kehadiran karbohidrat membolehkan otak dan otot berfungsi dengan cekap, selain ia menjadi agen pemecah lemak ketika bersenam.

Kajian menunjukkan, menambah sedikit sumber protein kepada karbohidrat boleh meningkatkan daya tumpuan. Gabungan protein dan karbohidrat membolehkan kita berfungsi dengan lebih baik daripada segi fizikal dan mental.

Sebaik-baiknya, elak mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak kerana lemak mengambil masa lebih panjang untuk dicerna dan ia tinggal lama di dalam perut, menyebabkan kita terasa 'berat' serta tidak bertenaga. Untuk tengah hari, antara petua berguna diberi pakar jantung ialah membahagikan pinggan kepadaempat bahagian untuk diisi nasi, ikan (sesekali boleh digantikan dengan ayam atau daging), sayur dan buah.

Kaedah ini secara tidak langsung menjadi penanda kuantiti yang boleh diambil untuk setiap sumber makanan. Ini cara mudah untuk anda mengawal pengambilan makanan, terutama bagi yang ada masalah berat badan berlebihan.

Beberapa langkah boleh diambil untuk mengatasi rasa mengantuk selepas makan iaitu:
  1. Banyakkan bergerak. Rasa mengantuk sukar dihindarkan apabila terlalu lama duduk di depan komputer, apatah lagi jika perut kenyang. Jalan cepat atau lebih baik, menaiki tangga (dua ke tiga tingkat) sehingga terasa degupan jantung menjadi pantas. Senaman ringkas ini memberi tenaga kepada anda dan ia disimpan dalam memori badan sebagai aktiviti cergas yang boleh disambung selepas balik daripada kerja. Jika tidak pun, lakukan senaman regangan di pejabat. 
  2. Minum air kosong. Mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap tafsir keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar. Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.
  3. Tidur sekejap selama 10 hingga 15 minit. Kajian menunjukkan tidur sekejap bukan saja boleh mengatasi masalah mengantuk pada waktu petang, tetapi membuat kita segar dan mampu memberi tumpuan lebih baik ketika melakukan kerja.
  4. Makan sedikit, sama ada untuk sarapan, makan tengah hari atau malam. Usah makan hingga terlalu kenyang, tidak kira berapa sedap pun makanan yang terhidang. Jika anda banyak makan, badan terpaksa menggunakan lebih tenaga untuk pencernaan. Ini bermakna lebih banyak darah perlu disalurkan ke usus dan bekalan oksigen ke otak akan berkurangan. Ini antara punca menyebabkan anda berasa lemah dan mengantuk. Makan sedikit tetapi kerap. Kaedah ini membekalkan badan dengan tenaga dan membantu usus berfungsi dengan lebih baik kerana tidak perlu bekerja keras mencerna kuantiti makanan yang banyak pada satu-satu masa.
  5. Pilih sumber makanan berbeza. Bawa snek seperti biskut kraker yang rendah lemak. Biasanya biskut kraker mengandungi karbohidrat yang mudah diproses untuk memberi tenaga segera. Buah-buahan juga baik untuk dijadikan snek penghilang rasa mengantuk.
  6. Jangan makan gula-gula atau minum minuman manis, termasuk kopi. Ia tidak membantu menghilangkan rasa mengantuk, malah mungkin membuat masalah anda bertambah teruk. Kajian penyelidik di Universiti Manchester menunjukkan kandungan gula dalam makanan (glukos) boleh menghentikan sel otak daripada menghasilkan isyarat yang membuatkan kita berjaga.

7 ulasan:

  1. betul tu, lepas makan mesti ngantuk, suka cara ke tiga..hehehe

    BalasPadam
  2. Thanx u for the gud info, dah semua cara akak cube, basuh muke , bergerak banyak, dan minum air banyak. Paling afdal amik wudhu dan solat :)

    BalasPadam
  3. baru tahu rupanya mengantuk itu disebabkan kekurangan air dalam badan. terima kasih

    BalasPadam
  4. Saya pun baru tahu mengantuk lepas makan sebab kekurangan air. Tq for the good info. Sudi2 kan melawat blog saya www.chedacheyu.blogspot.com
    Mudah-mudahan dapat bertukar pendapat dan berkongsi ilmu :)

    BalasPadam
  5. biasa mengantuk...sy amaikan tidur 1-2 jam selepas lunch...selesai masalah sy..
    sy boss so sy kunci bilik...hahaha

    BalasPadam
  6. Hi, Really great effort. Everyone must read this article. Thanks for sharing.

    BalasPadam

  7. Do you need a quick long or short term loan with a relatively low
    interest rate as low as 3%? We offer business loan, personal loan, home
    loan, auto loan, student loan, debt consolidation loan e.t.c. no matter
    your credit score. We are guaranteed in giving out financial services to
    our numerous clients all over the world. With our flexible lending
    packages, loans can be processed and transferred to the borrower within
    the shortest time possible. We encourage you to contact us and learn
    more about the loans service we offered. If you have any questions or
    want more information about our company, please do not hesitate to
    contact us: wordfanece@gmail.com

    Whats app +919650892379

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner