Kelmarin baru berkesempatan tengok penyata unit trust yg saya laburkan dari tahun 2005, atau dah 4 tahun lebih saya melabur dengan cara pemotongan EPF, setakat hari ini, berdikit-dikit selama 3 bulan sekali keluaran RM50,050 adalah jumlah yg telah saya keluarkan dari tahun 2005 sehingga sekarang.
Secara kasarnya (bukan details) daripada penyata tersebut, total laburan RM50,050, NAV pada tarikh 15-Jun-2010 adalah RM75,348.72 atau keuntungan RM16,298.71 utk tempoh 2005 hingga 15-Jun-2010 telah dihasikan atau dlm julat 27.51 % kenaikan.
Bila saya congakkan kembali (saya bukanlah arif sangat dlm bidang ini), katakan dlm tahun 2005 dahulu, dlm akaun EPF saya ada RM100,000 dan EPF memberikan keuntungan sebanyak 4% tahunan, maka jumlah tahunan saya (secara kasar tak masuk jumlah baru dlm akaun).
1) Tahun pertama 100,000 X 4% = 4,000
2) Tahun kedua 104,000 x 4% = 4160
3) Tahun ketiga 108,160 x 4% = 4326.40
4) Tahun keempat 112,486.40 x 4% = 4499.45
Peningkatan dlm akaun selama 4 tahun adalah RM116,985.85 atau jumlah pendapatan RM16,985.85, senario ini berlaku sekiranya saya kekal dlm EPF.
Senario 2, yg telah saya buat.
Total EPF : 100,000 pada tahun 2005. RM50,000 kekal bersama EPF dan RM50,000 secara berdikit keluarkan utk unit trust. Utk yg tinggal didalam EPF secara kasarnya pendapatan (tak masuk jumlah baru).
1) Tahun pertama 50,000 x 4% = 2000
2) tahun kedua 52,000 x 4% = 2080
3) Tahun ketiga 54,080 x 4% = 2163.20
4) Tahun keempat : 56,243.32 x 4% = 2249.73
Peningkatan dlm akaun EPF selama 4 tahun daripada 50,000 yg kekal adalah RM8,492.93 dan juga pendapatan daripada unit trust daripada laburan 50,000 selama 4 tahun adalah RM16,298.71, secara keseluruhan pendapatan dari jumlah asal 100,000 dari kaedah yg berbeza adalah RM24,791.64.
Sekiranya saya kekal bersama EPF utk tempoh 4 tahun saya mendapat keuntungan : RM16,985.85 Sekiranya saya mengunakan kaedah bahagikan kepada 2 arah saya mendapat keuntungan : RM24,791.64.
Antara keduanya perbezaan : RM7,805.80/ 4 tahun = RM1951.45 peningkatan kelebihan utk senario 2 setiap tahun.
Apapun, yg ini adalah dari sudut ilmiah dan sekiranya anda berasa unit trust menguntungkan anda bolehlah melabur di dalamnya. Cuma ini lah saja yg ada utk simpanan hari tua esok kita dan perancangan yg teliti harus dilakukan utk EPF masing masing.
Sekian.
Dipetik daripada tulisan saudara wahab (warga_kilang@yahoogroups.com)
Blogging is the new poetry. I find it wonderful and amazing in many ways.
BalasPadam