Teman Blogger

Isnin, 2 Ogos 2010

Setting Video Sebagai Desktop Background

Adakah anda ingin meletakkan Video sebagai latar belakang desktop anda selain daripada wallpaper? Ia memang mudah dan menarik, hanya perlu ikuti langkah berikut.
  • Mula-mula anda perlukan VLC media player. Kalau tak ada download saja disini dan pasang pada komputer anda.
  • Run perisian VLC media player, cari Tools --> Preferences. Anda akan dibawa ke menu Interface Settings.
  • Klik pada tab Video, cari DirectX dan tick "Enable wallpaper mode". Dah siap klik Save.
  • Klik tab View --> Playlist, anda akan dibawa ke menu Playlist. Klik butang seperti dibawah. 
 
  • Kemudian klik "X" untuk "Close Windows".
  • Sekarang mainkan apa-apa video. Anda akan perhatikan video tersebut telah dijadikan wallpaper desktop anda.
  • Akhir sekali halakan tetikus anda pada lambang VLC media player pada System tray. Klik kanan pilih atas sekali "Hide VLC media player in taskbar".
Itu saja selesai.
Note:
Kalau boleh carilah fail video yang bermutu sikit supaya gambar yang ditayangkan tidak kabur atau pecah.

Untuk sapa-sapa yang pakai Windows Vista anda boleh cuba gunakan DreamScene yang mana perisian ini membolehkan anda setting fail video sebagai wallpaper.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner