Teman Blogger

Selasa, 8 November 2011

CARA BACA FAIL AMR

AMR adalah singkatan kepada Adaptive Multi-Rate (AMR) iaitu skim pemampatan data audio yang dioptimumkan untuk pengekodan pertuturan. Ianya telah diterima pakai sebagai codec ucapan standard oleh 3GPP pada bulan oktober 1998 dan kini digunakan secara meluas di GSM dan UMTS.  AMR adalah format audio yang meluas digunakan dalam peranti mudah alih dalam aplikasi pelbagai dari pemain/perakam audio biasa hingga ke jenis aplikasi VoIP.

AMR juga merupakan format untuk menyimpan audio pertuturan yang menggunakan codec AMR. Banyak telefon bimbit moden menggunakan format ini untuk menyimpan rakaman pendek, tetapi harus diingat bahawa format AMR ini adalah format ucapan dan tidak akan memberikan hasil yang baik untuk audio yang lain. Sambungan fail biasa untuk format ini adalah .amr.

Sekiranya anda ingin mainkan format AMR ini dikomputer anda, bolehlah anda download AMR Player iaitu satu perisian percuma yang juga memberikan sokongan untuk menukar format multimedia biasa (seperti MP3 atau WAV) kepada format audio AMR/AWB, atau fail audio AMR kepada format MP3/WAV.
Ciri-ciri utama AMR Player ini adalah;
Paparan yang simple dan mudah digunakan.
Memberi sokongan kepada format AMR-NB dan AMR-WB
Menukar format MP3 kepada AMR
Menukar format WAV kepada AMR
Menukar format AMR kepada MP3
Menukar format AMR kepada WAV
100% percuma.

Anda boleh downloadnya di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner