Teman Blogger

Selasa, 15 November 2011

Cara Protect Sheet Excel

Sekiranya anda menggunakan perisian Excel sebagai borang untuk mendapatkan feedback/maklumat, adalah lebih baik sekiranya anda dapat protect Excel sheet anda itu supaya formatnya tidak dapat diubah oleh orang lain. Ini akan memudahkan kerja anda ketika membuat kemas kini data. Maklumlah sekarang nikan ramai yang bijak adjust sana sini, tambah baris, tambah kolum, tambah warna dan bla… bla… Anda tentu bermasalah apabila hendak mengemas data tersebut dengan cepat.

Cara protect Excel sheet;
  • Pada menu kat atas tu pilih Tools -> Protection
  • Kemudian pilih Protect sheet
  • Pada menu Protect sheet masukkan “password to unprotect sheet” dan tandakan tick pada aktiviti yang dibenarkan kepada pengguna sheet tersebut.
Serba Ringkas Penerangan Pilihan Protect Sheet;
  • Protect worksheet and contents of locked cells – Anda perlu tandakan tick pada kotak ini. Semua options tersenarai akan dikenakan kepada pengguna worksheet ini.
  • Select locked cells  Membenarkan pengguna untuk select cell yang telah di protect.
  • Select unlocked cells Membenarkan pengguna untuk select cell yang tidak di protect.
  • Format cells Membenarkan semua pengguna untuk format cell mengikut format mereka.
  • Format columns Membenarkan pengguna untuk format column mengikut format mereka.
  • Format rows Membenarkan pengguna untuk format row mengikut format mereka.
  • Insert columns Membenarkan semua pengguna untuk tambah column.
  • Insert rows Membenarkan semua pengguna untuk tambah row.
  • Insert hyperlinks Membenarkan semua pengguna untuk tambah hyperlinks.
  • Delete columns Membenarkan semua pengguna untuk delete column yang tidak mempunyai cell berkunci.
  • Delete rows Membenarkan semua pengguna untuk delete row yang tidak mempunyai cell berkunci.
  • Sort Membenarkan semua pengguna untuk semua data pada worksheet.
  • Use AutoFilter Membenarkan semua pengguna menggunakan AutoFilter sebagai kaedah untuk menyorok row yang tidak dikehendaki.
  • Use PivotTable reports Membenarkan semua pengguna untuk menggunakan Pivot tables pada data.
  • Edit objects Membenarkan semua pengguna untuk edit sebarang objek termasuk chart.
  • Edit scenarios  Membenarkan semua pengguna untuk guna dan edit scenarios.
Nota : Protect sheet hanya bertujuan untuk membataskan seseorang ketika mengendalikan fail kita. Kalau kita tak nak orang bukak fail tu sila letakkan password pada fail kita.

Itu saja, moga membantu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner