Teman Blogger

Jumaat, 9 Disember 2011

Tip Untuk Print Email Microsoft Office Outlook

Biasanya apabila kita nak print email daripada MO Outlook kita akan klik File pada menubar kat atas tu dan pilih Print. Apa yang berlaku kita tidak dapat buat apa2 perubahan kat situ. Daripada edit text sampailah pada paragraph dan margin. Ini adalah kerana secara automatic komputer akan setkan page setup anda kepada memo style.

Jadi adalah lebih baik sekiranya anda dapat tukarkan email anda tadi kepada format Microsoft Word. Caranya mudah saja, pada email yang ingin di print/cetak klik reply. 

Sekarang anda dapat perhatikan format email anda tadi telah ditukar kepada format Microsoft Word dan di sini semua yang anda dapat lakukan dalam Microsoft Word dapat anda gunakan untuk edit email anda tadi. Contohnya, anda boleh tukarkan paragraph dan margin supaya lebih kecil bagi menjimatkan kertas.

Sekian, semoga membantu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Masa Itu Emas

Langgan artikel Via Email

Kirim update terbaru dari
Blog Ajak terus ke Email anda!

Delivered by FeedBurner